Rabu, 13 Oktober 2010

Penubuhan Hadrah Al-Mujahidun

Penubuhan hadrah Al-Mujahidun bermula pada hujung bulan Disember tahun 2008. Penubuhan Hadrah ini bermula dengan persetujuan dan kekuatan semangat Penasihat Hadrah iaitu Tuan Imam Haji Sabtu yang mana beliau sangat memberi peransang dan semangat belia-belia Kampung Mulaut untuk mengukuhkan dan membangkitkan semangat belia-belia untuk mengekalkan hadrah yang telah lama ditiadakan. Alhamdulillah dengan adanya muzakarah dan perbincangan bersama ahli hadrah yang lama khususnya belia-belia dapatlah di ambil setengah purih-purih hadrah yang dapat menghidupkan hadrah yang sudah tiada. Perlantikan Ahli Jawatankuasa telah diberi mandat kepada semua ahli dan kata sepakat semua memilih dan menyokong Haji Muhd Mazran bin Haji Suhut menjadi Ketua Kumpulan Hadran tersebut dan dibantu oleh Ketua Kewangan Muhd Nasrul Ariffin bin Asli. Dengan adanya AhliJawatankuasa yang dilantik maka perkembangan kumpulan nampak meningkat dan pesat dengan kehadiran belia-belia Kampung Mulaut khususnya dan selebihnya belia-belia kampung sebelah ikut serta mengukuhkan pasukan hadrah Al-Mujahidun. 

Pada permulaan penubuhan pasukan hadrah, nama yang diberi oleh Ahlijawatankuasa Hadrah ialah Hadrah Belia Surau Mulaut singkatan BSM, setelah diamati dan dibincangkan oleh semua ahli jawatankuasa yang baru dan diilhamkan oleh Ustaz maka terbitlah dan lahirlah Nama Pasukan Hadrah yang Baru iaitu Hadrah Al-Mujahidun yang bermaksud Belia-Belia berjuang kearah kesempurnaan Insan.

Pasukan Hadrah Al-Mujahidun 2009

Kini pasukan hadrah telah mencecah 40 orang ahli hadrah yang kebanyakkan adalah belia-belia dan setengahnya adalah kanak-kanak yang mahu belajar asli hadrah. Alhamdulillah Ahli Jawatankuasa baru telah dibuat diawal tahun 2010 yang mana Tuan Imam Haji Sabtu sebagai Penasihat, Haji Muhd Mazran Haji Suhut sebagai Presiden, Haji Najirillah bin Haji Laming sebagai Penolong Presiden dan Ketua Hadrah Zulhilfi My Japra dan Penolong Ketua ialah Nazirul. Maka Ahlijawatankuasa baru telah memainkan peranan setiap orang dengan tanggungjawab. 

Dari Penulis
Presiden Hadrah Al-Mujahidun